Monday, November 29, 2010

SOLAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari nie Hafiz nak citer skit pasal solat.
Pertama sekali kita mesti ingat bahawa solat itu wajib dilaksanakan oleh orang Islam. Sekali meninggalkannya sungguh dasyat dosanye.
Subuh: Sekali meninggalkannya Allah mencampakkan kite ke neraka Jahanam selama 60 tahun di akhirat.1 tahun di akhirat seperti 60 000 tahun di dunia.
Zohor: Sekali meninggalkannya seperti membunuh 1000 orang muslim.
Asar: Sekali meninggalkannya seperti Ka`abah.
Maghrib: Sekali meninggalkannya dosanya seperti berzina dengan ibu.
Isyak: Sekali meninggalkanya Allah tidak reda kita tinggal dibumi ini dan menggunakan segala nikmatNya.

Adakah kita perasan tentang hal ini. Namun kita juga harus diingatkan bahawa jangan hanya sekadar solat sahaja tapi tidak tahu hukum-hukum dan rukun-rukunnya.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya:
Seorang lelaki bernama Khallad bin Rafi` telah masuk ke dalam masjid lalu solat. Setelah selesai, beliau mendapatkan Rasulullah s.a.w dan memberi salam. Baginda menjawab salamnya lalu bersabda.
" Kembali dan solatlah, kerana sebenarnya kengkau belum solat lagi". Maka orang itu pun kembali dan hal itu dilakukan sampai tiga kali, hingga akhirnya Khallad berkata: " Demi Tuhan yang telah mengutusmu dengan membawa kebenaran, saya tidak dapat lakukan yang lebih baik daripada ini, oleh itu ajarkan ku." 
Maka baginda bersabda:
" Jika kamu berdiri solat, bertakbirlah, lalu bacalah ayat al-quran yang mudah bagimu, kemudian rukuklah dengan tomakninah, lalu bangkitlah hingga engkau berdiri tegak, lalu sujudlah dengan tomakninah dan bangkitlah hingga engkau duduk dengan tomakninah pula, kemudian sujud lagi juga dengan tomakninah. Dan lakukanlah cara itu dalam semua solatmu."
                                                                  (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad) 
 Maka kita harus juga jaga tentang rukun-rukun solat. Jangan lah jadi pencuri dalam solat kerana ia adalah pencuri yang paling buruk.
Diriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Pencuri yang paling buruk adalah yang mencuri dalam solat.' Para sahabat bertanya: " Bagaimana seorang boleh mencuri dalam solatnya?". Sabda baginda s.a.w.: " Itulah mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya."
                                                                             (Riwayat al-Tabrani dan al-Hakim)
Baiklah sampai sini sajalah Hafiz mahu berkongsi. Segala silap dan salah harap dibetulkan dan dimaafkan.

No comments:

Post a Comment