Friday, December 31, 2010

Wednesday, December 22, 2010

Sakit Perut

Aduh... semalam Hafiz sakit perut yang teramat sangat sehingga nak demam. Puncanya tidak diketahui oleh Hafiz cuma Allah sahaja yang tahu. Bermulanya sakit perut nie dalam perjalanan balik ke rumah dari kampung. Lepas singgah makan dan solat maghrib serta Isyak ( jama` taqdim) dekat R&R Tapah terus perut meragam. Adoiii. Tiba-tiba terdapat satu rasa yang menunjukkan sesuatu ingin keluar dari mulut Hafiz. Ayah Hafiz terus berhentikan kereta di bahu Lebuhraya Utara-Selatan. Apalagi nak ditunggukan Hafiz terus memberi baja muntah dekat pokok di tepi jalan itu. Uwek. Fuhh. Lega lepas buang tu. Tapi nak jadi sakit perut nie sebab perut dah kosong. Sekali lagi Hafiz muntah dekat jalan nak masuk rumah Hafiz. Tak sempat nak sampai rumah. Malam tu Hafiz terpaksa makan roti nak alas perut tapi makan tak lalu. Tidur pon tak lena. Tapi hari nie Alhamdulillah dah sembuh. 

Friday, December 10, 2010

Hari nie....

Hari nie adalah hari yang biase macam hari-hari yang lepas cuma dalam Islam hari nie penghulu segala hari. Hari nie Hafiz bangun macam biasa. Tapi hari nie laen sikit dari kebiasaan sebab pagi tadi Hafiz pergi jogging dengan ayah Hafiz dekat Alam Damai Park. Lepas jogging Hafiz mandi dan sarapan. Pada pukul 9.30 pagi Hafiz rase sungguh mengantuk dan Hafiz terus lena. Sedar-sedar dah pukul 12. Ingatkan hari nie nak pergi solat jumaat terpaksa berbasikal tapi nasib baik paksu Hafiz datang. Jawabnye Hafiz pergi naik motorsikal lah. Tajuk Khutbah Jumaat kat Masjid Al Mukhlisin Alam Damai adalah Hijrah Diri. Mimbar Jumaat menyuruh kita agar memulakan nafas baru dalam tahun yang baru iaitu 1432 hijrah. Berubah dari jahat menjadi baik, dari baik menjadi lebih baik. Itu jelah yang Hafiz nak bagitau. Petang nie Hafiz rasa nak maen bola kat luar lah. Oklah sampai sini saje Hafiz nak citer. Jumpa lagi. Bye Assalamualaikum.

Alam Damai Park.
Mengantuk.
Masjid Al Mukhlisin Alam Damai

Monday, December 6, 2010

Hijrah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari nie Hafiz nak kongsi sikit pasal Hijrah memandangkan esok dah masuk awal Muharam. Memang sinonim awal Muharam dengan Maal Hijrah kan. Aper kate kite buat penghijrahan diri ke arah lagi baik. nak tak?. Hafiz ade dengar kat Tanyalah Ustaz pasal satu ayat Al-Quran nie iaitu Surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:
Bacalah (sentiasa) al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu! Dirikanlah solat! Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Sesungguhnya mengingat Allah adalah besar (faedah dan kesannya). Dan Allah mengetahui apa yang kamu lakukan.
( boleh rujuk sendiri dalam al-quran tafsir. kalau salah betulkan)
 Jadi Hafiz nak ingatkan diri sendiri dan anda semua supaya kita sama-sama melakukan perubahan menjadi lebih baik. Bukankah mudah untuk mendirikan solat dan mengingati Allah ataupun berzikir? Apa kata kita berubah menjadi orang yang berzikir dan berfikir seperti kata Ustaz Danial dalam Tanyalah Ustaz. Mudah saja untuk berzikir tapi kita jer yang selalu lupa.

Wednesday, December 1, 2010

HOBBY

Assalamualaikum. Today I just want to share about my hobby.
My hobby is playing soccer at the field or in the game

 I also like to play games at PSP.
And now I in process to finish this game: