Aduh... semalam Hafiz sakit perut yang teramat sangat sehingga nak demam. Puncanya tidak diketahui oleh Hafiz cuma Allah sahaja yang tahu. Bermulanya sakit perut nie dalam perjalanan balik ke rumah dari kampung. Lepas singgah makan dan solat maghrib serta Isyak ( jama` taqdim) dekat R&R Tapah terus perut meragam. Adoiii. Tiba-tiba terdapat satu rasa yang menunjukkan sesuatu ingin keluar dari mulut Hafiz. Ayah Hafiz terus berhentikan kereta di bahu Lebuhraya Utara-Selatan. Apalagi nak ditunggukan Hafiz terus memberi baja muntah dekat pokok di tepi jalan itu. Uwek. Fuhh. Lega lepas buang tu. Tapi nak jadi sakit perut nie sebab perut dah kosong. Sekali lagi Hafiz muntah dekat jalan nak masuk rumah Hafiz. Tak sempat nak sampai rumah. Malam tu Hafiz terpaksa makan roti nak alas perut tapi makan tak lalu. Tidur pon tak lena. Tapi hari nie Alhamdulillah dah sembuh.
No comments:
Post a Comment