Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari nie Hafiz nak kongsi sikit pasal Hijrah memandangkan esok dah masuk awal Muharam. Memang sinonim awal Muharam dengan Maal Hijrah kan. Aper kate kite buat penghijrahan diri ke arah lagi baik. nak tak?. Hafiz ade dengar kat Tanyalah Ustaz pasal satu ayat Al-Quran nie iaitu Surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:
Bacalah (sentiasa) al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu! Dirikanlah solat! Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Sesungguhnya mengingat Allah adalah besar (faedah dan kesannya). Dan Allah mengetahui apa yang kamu lakukan.
( boleh rujuk sendiri dalam al-quran tafsir. kalau salah betulkan)
Jadi Hafiz nak ingatkan diri sendiri dan anda semua supaya kita sama-sama melakukan perubahan menjadi lebih baik. Bukankah mudah untuk mendirikan solat dan mengingati Allah ataupun berzikir? Apa kata kita berubah menjadi orang yang berzikir dan berfikir seperti kata Ustaz Danial dalam Tanyalah Ustaz. Mudah saja untuk berzikir tapi kita jer yang selalu lupa.
No comments:
Post a Comment